APAKAH FUNGSI GARAM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN DAN KEGUNAAN GARAM

fungsi garam APAKAH FUNGSI GARAM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN DAN KEGUNAAN GARAM

Garam mempunyai banyak fungsi dan kegunaan kehidupan seharian. Garam bukan saja sebagai penambah perisa makanan tetapi banyak kegunaan garam dalam kehidupan seharian yang kita ketahui atau belum ketahui. Walaupun garam digunakan dalam jumlah yang sikit tapi memberi kesan yang amat banyak. Contoh hanya secebis garam akan menambah perisa kepada makanan, bgitu juga kesan kepada benda lain walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian dimuka bumi ini adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat. Hadis Nabi Muhammad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan atau makanan manusia. Makanan yang paling ringkas seprti ubi rebus atau jagung rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan makanan/masakan yang mahal pun kena bubuh garam untuk menambah rasa atau selera.

Antara fungsi dan kegunaan garam dalam kehidupan seharian ialah :

A. Kegunaan garam Dalam Rumah :

  • 1.       Tabur garam di atas rak untuk menghalau semut ( lebih selamat dari menggunakan semburan pembunuh serangga ).Garam juga ditabur disekeliling rumah sebelum membina rumah baru untuk mencegah semut
  • 2.     Gunakan garam untuk membersihkan teko kopi yang warnanya pudar.
  • 3.     Masalah pankek, wafel melekat dalam acuan/pemanggang? Gosok sedikit pada pemanggang dan ianya dapat dikeluarkan dengan mudah.
  • 4.    Campuran garam, cuka dan tepung, hasilnya anda mendapat pembersih untuk pewter, Loyang dan tembaga.
  • 5.     Campuran garam dan jus lemon, pembersih untuk kekunci piano anda.
  • 6.     Isi lubang paku atau sebarang kecacatan pada dinding, dengan tampalan yang dihasilkan dari campuran garam, kanji dan air untuk melembab.
  • 7.     Semasa musim sejuk, anda masih dapat mengeringkan pakaian anda diluar. Rendam pakaian anda di dalam air garam untuk mengelakkan pakaian anda membeku di luar.
  • 8.     Air garam juga boleh digunakan untuk mengelakkan perabut anyaman dari menjadi kuning.
  • 9.     Kaca yang pudar dan berkabus dapat dibersihkan dengan penggunaan campuran garam dan cuka.

B. Kegunaan Di Luar Rumah :

  • 1.       Semburan garam diantara bata dan blok di ruang berturap luar rumah akan membunuh rumpai.
  • 2.     Garam dapat digunakan untuk membersihkan tumpahan minyak di garaj.  Tabur garam atas tumpahan dan biarkan 15 minit.  Ia akan memudahkan kerja-kerja membersih.

C. Kegunaan Untuk Tujuan Perubatan atau Kesihatan :

  • 1.       Kumur garam bercampur air suam untuk melegakan sakit tekak.
  • 2.     Garam dicampur dengan baking soda memutihkan gigi, menanggalkan plak dan menjadikan gusi sihat.
  • 3.     Nafas lebih segar dengan penggunaan campuran garam dan baking soda sebagai cecair pembersih mulut.
  • 4.    Kaki yang gatal dapat dilegakan  dengan rendaman air garam panas.
  • 5.     Sekiranya anda letih, rendam selama sekurang-kurangnya 10 minit dalam tab mandi yang mengandungi air panas yang dicampur dengan garam.
  • 6.     Garam adalah baik untuk pengelupasan.  Selepas mandi, urut garam kering ke atas kulit yang basah.  Garam membantu pengaliran dan menanggalkan sel kulit yang mati dan menggalakkan penumbuhan sel kulit baru.

D. Kegunaan Untuk Mengekalkan kesegaran makanan :

  • 1.       Buah-buahan dan sayuran seperti epal, pir dan kentang akan kekal warnanya sekiranya dimasukkan ke dalam air garam sejuk selepas dipotong.
  • 2.     Salad akan tahan rangup sekiranya dibubuh garam sebelum dihidang.
  • 3.     Balut keju di dalam kain yang dibasah dengan air garam sebelum dimasuk ke peti ais untuk mengelakkan kulapuk.
  • 4.    Campurkan secubit garam ke dalam susu untuk mengekalkan kesegarannya. 

E. Fungsi garam untuk tanaman atau pertanian :

1. Garam di gunakan sebagai penganti baja untuk menyuburkan tanaman, menjauhi dari serangga dan sebagai pertahanan pokok terhadap penyakit.

Garam mempunyai banyak fungsi dan kegunaan dalam kehidupan seharian. Untuk mendapatkan garam dengan harga murah borong hubungi ZAIDI GUAWA593 019-9185593 PEMBEKAL GARAM KELANTAN MALAYSIA

admin

2 Responses to APAKAH FUNGSI GARAM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN DAN KEGUNAAN GARAM

  1. Fantastic web site. Plenty of useful information here. I am sending it to several friends ans also sharing in delicious.
    And certainly, thanks for your sweat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose
Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins